1. Pengenalan
myKGMMB adalah aplikasi versi pertama yang dibangunkan oleh Kesatuan Guru-Guru melayu Malaysia Barat untuk memudahkan ahli menyemak maklumat yang sediaada pada sistem. Kesatuan Guru-Guru melayu Malaysia Barat (KGMMB) mempunyai keahlian seramai lebih dari 50 ribu anggota aktif yang membuat potongan bulanan melalui potongan gaji untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan.
2. Tujuan
Tujuan myKGMMB dibangunkan untuk memudahkan ahli yang sediaada kemaskini maklumat keahlian dan membuat penyemakan lain-lain maklumat tanpa perlu menghubungi pejabat. Ia selari dengan Misi KGMMB iaitu ‘Gigih Bergerak dan Berjuang secara Global’ . Selain itu ahli boleh membuat penyemakan potongan bulanan, membuat penyemakan mengenai kemudahan tuntutan khairat yang telah dibuat ahli serta mendapat maklumat terkini berkaitan KGMMB.
3. Latar Belakang Perniagaan
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB 1968) mengambil tempat Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu ( KPGMPTM 1954 ) yang sebelumnya Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung ( KPGMPS ) yang ditubuhkan pada 13 April 1946.
4. Rancangan Organisasi
Versi pertama Applikasi ini bertujuan untuk memberi kemudahan pada ahli untuk proses penyemakan. Pada masa akan datang aplikasi ini akan ditambah baik bersesuaian dengan matlamat KGMMB.
5. Rancangan Operasi
Segala maklumbalas ahli dalam aplikasi ini akan dikemaskini oleh staff KGMMB didalam sistem yang berasingan .